Thursday, September 27, 2012

32

Asalamualaikum.

Nak tanya korang. korang kesian tak dekat manusia yang tak sedar diri?
kesian kan? rasa nak bagi cermin suruh suluh tengok diri sendiri.
lagi nak gelak bila manusia-manusia yang tak boleh terima orang kritik pasal dia 
Tapi KRITIK orang boleh. Orang kata dia tahu nak MARAH. tahu nak EMO. tahu nak TERASA. tahu nak MELENTING. Apa kuasa kau ya? Sungguh sick manusia mcm ni.
Dah tu kalau tahu taknak sakit hati better jangan cakap apa-apa. Orang kata kalau taknak sakit sendiri jangan nak mulakan buat sakit dengan orang. Serius kesian dengan orang mcm ni sebab diorang suka bercakap tanpa suluh diri sendiri.
Diam lebih baik, Diam lebih elok lagi-lagi kalau perempuan. Oh sungguh tak manis :')

Ini satu hadis yang diriwayatkan oleh Iman muslim iaitu; 'Janganlah kamu dengki mendengki dan janganlah kamu benci menbenci dan janganlah kamu intai-mengintai dan janganlah kamu berlawan-lawanan dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara'



Thank you for reading this people!:)

.

Wednesday, September 26, 2012

31

Asalamualaikum.

Weddings. This year memang murah rezeki kawan-kawan aku agaknya, masing-masing kemain nak kahwin bagai. Sumpah la aku macam tak percaya juga sebab classmate aku time sekolah, satu kelas nak kahwin. sedih pun ada, sedih la sebab diri ini masih single menyingle. eh? Insya'Allah jodoh kita akan sampai. lambat atau cepat je. Amin :')

This year, 2 kawan ku kahwin dan seorang bertunang. and soon ada 2 orang lagi yang akan bertunang. alahai, murah rezeki betul korang. berkat kerja keras depa juga, :') Mudah- Mudahan semuanya selamat sobat!

Ok nak cerita kawanku yang pertama is Yusrafizal n Syuhada. Diorang ni satu kelas dgn aku since form 4 lagi. Bercinta sejak sekolah lagi weh, form 5 kalau tak silap. Panjang jodoh diorang, Ini ha depa :')


Sebenarnya aku ralat sikit sebab tak ambik gambar dengan diorang, perangai mmg macam ni suka menyesal dikemudian hari. haha, gambar ramai2 ada la tapi lain kan.cehhcehh.
Tapi jujur, aku jeles dgn dorg. bila lepak dgn depa terus rasa nak kahwin, bahagia.
 saling lengkap melengkapi. hehehe

NEXT



Zul and Aisha.

Zul ni classmate aku jugak dari Form 1 sampai la 5, playbohhh besar time sekolah dulu ni hahaha. Yang ni pun aku kecewa dikemudian hari juga sbb tak ambik gambar dengan sbb kitaorang balik awal sbb datang awal sangat tapi sempat la tengok depa :)
 Selamat Pengantin Baru Zul Aishah!=)

Last
Ain tunang :)




Ain, kawan antara yang paling rapat la dari form 1 sampai form 5. time sekolah dulu selalu share problem dgn dia. tak sangka dah jadi tunang orang, makin brutal dia ha dulu ayu je. haha. Selamat bertunang Ain dgn pasangan. aku sedih kau tak jemput aku, kwn2 lain kau jemput  enn tapi takpelah aku happy :) Tahniah!Tahniah! 

Kepada sahabat-sahabatku ini Moga kebahagian adalah milik korang selamanya. Selamat pengantin baru dan selamat bertunang! tunggu turn aku pulak weh korang, doakan aku ya? aku selalu doakan korang semua :)

Thank you for reading this :)




30

Asalamualaikum.

Apa Khabar? Semua sihat kan? Alhamdulillah, Me fine well, Syukur. Orait, Kali ni semangat sikit nak berkongsi cerita. Ceritanya biasa ataupun orang kata 'clisye' iaitu 'Kawan'.
Acene eh nak mula. Kawan? Bila kata kawan mesti kita cakap ya, kawan tu ibarat Orang ke-dua, org yang ketiga yang terpenting dalam life kita after family and bf/gf. Kawan juga mereka yang ada dengan kita susah dan senang, boleh share everthing dgn kita, kongsi minat yg sama n lain2. tapi xnak la cerita semua tu, Boring. aha. nak cerita yg sebenarnya pernah tak korang bersyukur dapat kawan yg mcm kawan ada skrg ni? Tak kiralah bff, Kenalan, Teman rapat, Rakan,Sahabat or sebagainya. korang pernah tak hargai? Hargai maksud aku bukanlah kena bagi hadiah sepanjang masa, duduk 24jam sesama, peluk cium bagai tapi hargai maksud aku tolong Jaga. Jaga relationship sebagai seorang kawan. Lagi-lagi HATI. hati seorang kawan, kalau dengan bf/gf korang boleh jaga tapi dengan kawan tak boleh? Serius pelik. Appreciate la sikit, ini terbuka ya, xde kena mengena nak kata aku sentap ke apa dengan sesiapa cuma saja aku nak kongsi. Serius aku takde la ramai rapat, kawan huwa huwa huwa ramai. yg betul2 boleh share problem boleh la, yg penting tak sampai 10. Yes. Macam aku, aku jenis tak reti bercerita masalah dekat orang, aku suka pendam. so bila dengan kawan-kawan, aku boleh jadi pelakon terhebat dengan buat2 gembira, gelak2 walaupun dalam hati Allah saja tahu. Ha macam tu.  Lagi satu aku suka dengar masalah orang (kwn2) pastu bagi pendapat *walapun masalah sendiri pun -____-,tepuk dahi* bagi orang semangat n etc. And yes,orang pun senang nak share masalah dengan aku sebab aku ni jenis ok je. aku cuba tak hampakan hati orang bila orang nak share apa2 walaupun time tu aku tgh main games ke, tengah marah ke, tengah mood ke awan ke ha sbb aku macam tak reti nak tolak or nak buat muka annoying walapun dalam hati siapa je yang tahu.ahahaha.P/s- Tak menolak bukan sebab nak  sibuk hal orang ye tapi lebih kepada nak meringankan beban seorang kawan. Itu sahaja. Ok2 back to story, Appreciate la sikit, lagi2 dgn yg rapat.  Yang time senang dia ada, time susah dia ada,bukan time korang susah je korang cari, time dia susah korang blah. kurang ajar tahu? Kalau kawan korang boleh jaga hati korang kenapa korang tak boleh? Ingat korang je ke yang ada perasaan? Orang lain takde eh. berhenti jadi selfish, jadi matang. Bukan susah pun weh. Tak rugi buat baik dengan orang. Ingatla, sekali korang buat hati orang terluka ramai lagi yang menunggu untuk buat korang terluka or else korang akan menyesal dikemudian hari. Jadi apa yang aku nak beritahu ni apa salahnya kita kita berbuat baik dengan kawan-kawan baik kita, gembirakan diaorang and kongsi sesama susah dan senang. Simple mudah dan happy kan?:)
Ini satu hadis yang diriwayatkan  al-hakim yang berbunyi :

' Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang TERBAIK terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang TERBAIK terhadap jirannya '


INGAT 'Appreciate' mereka yang menghargai kita. Kawan yang baik bukanlah untuk disakiti tetapi untuk disayangi. Jom sama-sama improve kan diri kita ya! Thank you for reading this :)