Saturday, October 13, 2012

36

Review Aku Terima Nikahnya.



Oh ya, Semalam aku berkesempatan pergi tonton filem Aku Terima Nikahnya dengan My sista! Ok la, sederhana saja takde la terlalu bagus tapi takde la terlalu teruk. Tengah-tengah :)  Ok! Sebelum apa- apa jom tengok  Trailer filem ni, sweet much :)
Ini trailer dia;

Pada pendapat aku, filem ni filem yang SANGAT clisye dimana kalau kita tengok trailer dia kita dah dapat tangkap macam mana keseluruhan cerita ni, bermula dengan detik yang bahagia, johan kemalanngan, dia boleh lupa arlisya (ND) tapi mak ayah dia ingat pulak,  then arlisya pulak cuba nak ingatkan johan dengan buat macam-macam cara tapi tak berjaya and ending is happy family. Semua tu kita dah boleh tangkap tapi rasanya yang membuatkan semua nak pergi tengok filem ini aku rasa  sebab penangan Drama Tentang Dhia, impak drama tu sangat kuat and chemistry antara Adi Putra dan Nora Danish sangatlah bagus. Aku rasa kalau nak bandingkan dengan Aaron Aziz dan Maya Karin dalam Ombak rindu, Memang Adi Putra dan Nora Danish lah yang serasi gila.

Permulaan cerita yang agak slow bagi aku sebab diorang tak banyak dialog sebaliknya diberikan scene-scene yang romantis. Serius weh diorang tersangatlah sweet, memang depa jiwai betul2 lakonan diorang as suami isteri sampai nampak macam betui. Oh ya, filem ni banyak betul kan kiss kiss manja antara adi putra dengan nora danish, hmm macam tak sesuai je? Makan hati isteri dekat rumah tu bro. haha.




Start tengah2 cerita baru best sikit, btw, Aku memang nak puji lakonan Nora Danish, lakonan dia sangat sangat la bagus dalam filem ni. Memang lain gila dengan lakonan2 dia sebelum ni. bab-bab airmata memang nora pandai, emosi dia bagus. sampai kita pun macam kesian tengok Nora danish asyik menangis je. she's improve a lot tapi pada aku lakonan nora danish dalam drama slot  cerakarama ada yang lebih baik dari filem ni tapi ok la atleast dia dah bejaya keluar dari zon yang sebelum ni kan, asyik asyik puteri jeeeeee. heee
And oh ya, sepanjang filem ni aku macam terpukau dengan kecantikan Nora Danish, dekat mulut ni asyik cakap je ' Indah sungguh ciptaan tuhan' Demi Allah, Sangat cantik. :')
Adi putra jangan cakap la, elok dari atas sampai bawah. hahaha *kakak aku cakap la. lakonan dia pulak memang tak pernah fail. ya, dia sebenarnya lagi bagus dari Abg haron ajis. eh! ;)

Then Dialog- dialog depa pun best, I mean ayat2 depa la. tak ingattt dah tapi touching gitueww. Hujung2 filem ni macam biasalah, filem melayu mana yang tak selalunya happy ending kan? ;) So! Kalau korang rasa nak pergi tengok aku suggest pergi la kalau nak tengok chemistry yang bagus antara hero-heroin yang helok ni, storyline pun good tapi macam aku cakap selalu kalau pergi tengok filem melayu janganlah nak harap yang lebih-lebih okey? :')
tapi kalau suruh pilih Ombak rindu dengan Aku terima nikahnya, aku pilih Ombak rindu :')
tapi kalau suruh pilih Aaron Aziz & Maya Karin or Adi Putra& Nora Danish. Aku pilih Adi Putra and Nora danish. Hiks.




Teringat dialog ni ; Catch me if u can :p

Thank You  for Reading this people!


Wednesday, October 10, 2012

35

People change,Memories Don't.

Hello Korang. Malam ni tiba-tiba nak terdengar lagu-lagu yang boleh buat teringat dekat family, kawan-kawan rapat enn. bila teringat mula la mengimbau. bila mengimbau mula la termenung. ah sudah. 

Ukiran Jiwa by Awie.

Bila dengar lagu ni, aku rindu Adik beradik aku. kami semua  (7orang) memang minat Awie sejak kami kecik- kecik lagi, kitaorang ramai-ramai pergi tengok filem awie dekat wayang, pergi tengok konsert dia and simpan album n vcd dia. Macam-macam la. Hmm aku selalu berharap dapat patah balik ke zaman-zaman kecik balik, zaman semua adik beradik aku tak kahwin lagi, meriah. sekarang masing-masing dah ada life sendiri.
Serius rindu. Tuhan je tahu. Kalau la masa boleh patah balik, aku la orang yang paling gembira sekali. Demi Allah :')


Memori Tercipta by Shila Amzah

Tipu kalau siapa tak terusik sikit dengar lagu ni. Lagu ni like macam lagu kawan-kawan la. teringat lagi Last semester dekat Kuis, diploma. bila last-last nak final exam tu rasa macam touching gila sebab lepas ni dah tak boleh jumpa kawan-kawan rapat dah. aku bersyukur sangat sebab dapat kawan-kawan yang betul-betul sejiwa.  Dari kawan kelas, Kawan serumah, Kawan sejiran. Alhamdulillah, disinilah aku baru jumpa kawan rapat, kawan dunia akhirat, kawan pura-pura. kawan-kawan yang boleh ada waktu senang n susah. Aku hargai sangat-sangat. 3 tahun tu kiranya pantas gila. Rindu korang wehh. 
Bubble click, Geng2 gemuk,  Geng Vista. Korang mmg kawan Dunia Akhirat aku :')

"Yang terpahit jua termanis,
semuanya bagiku terindah,
kuingati buat selama-lamanya"
:)




Lagu Fav aku sekarang. Tak tahu kenapa, Sedang mencari jawapan untuk soalan kenapa aku suka lagu ni :)

Oh ya, Dan ini;

Dikalung Kasihan- Imran Ajmain.

Korang ada tak lagu-lagu mengimbau? Share jom! :')

Thank You for Reading this People!


Tuesday, October 9, 2012

34

SEMANGAT


Hai korang, Nak tahu tak sekarang enn aku dah ada hobi baru! Bukan lagi hobi Makannnnnnnn je tapi hobi pergi jogging! Yeyerss. Terkejut ke tidak? Tolong lah terkejut sebab aku bukan lah jenis orang yg rajin sangat untuk buat aktiviti-aktiviti macam ni. Dah lama sangat tinggal, last sekali time form 3/4 kot. Ya Allah lama gila. I miss that time. Jogging dgn kawan-kawan jiran yang semuanya gila-gila belaka and paling tak boleh blah lepas jogging kitaorang semua boleh pergi balun NASI LEMAK DGN AIR GAS! JOGGING KE!JOGGING KE! And tak lupa wajib singgah 7E sebab nk membeli Hahaha. Demi Allah, rindu sangat dulu-dulu. Tuhan saja tahu bertapa aku rindu waktu dulu-dulu. Sekarang masing-masing dah buat hal sendiri kan. Untunglah aku still ada kwn-kawan yg sememangnya kawan dari kecil sampailah sekarang.Paling rapat Mira, Zety :) Also, Hafiz, Nasuha and Tasnim as well :) Sebenarnya ramai lagi tapi semuanya dah pindah sana sini kan dan ada yang dah tua-tua so tak segila mcm kitaorang la :p Ok, lagi satu aku sangat beruntung dapat kawan macam ni sebab kitaorang banyak kongsi minat yang sama contohnya Suka tengok wayang, Karok, Shopping, Makan! (Mcd is our fav) and talk-talk to muchhhhh n laugh mcm orang gila. Tq Mira n zetty! :')

Ok back to story- ya, sejak-sejak badan dah makin berbadak ni and duduk rumah asyik makan tidur, makan tidur jadi i need do something supaya badan aku ni jangan di manja-manja sangat, Jadi malam jumaat tu aku tweet Mira;

Aku- Weh esok jom jogging. Nak?
Mira- Jom! Aku baru terfikir nak ajak tapi takut kau xnak and malas bangun pagi.
Aku- Hahaha jommmmmmmm, ajak zetty sekali!
Mira- Tunggu dia reply, maybe dia tgh pilih makanan dkt pasar malam kot (dasar gemuk)
then xlama tu zetty reply.
Zetty- Ok ON! (Tq sbb dahulukan kitaorangd dulu then baru date dgn bf kau belah ptg) :p


Muka taknk bulat lagi? -_- Tengokla, dalam 3 tu, aku sorang je besar jadi sangatlah berbesar hati sebab diaorang rajin bangun pepagi jogging kan. haha
Tq bebs!:)

Ok then pagi around 7.00am dengan semangatnya berjogging la dgn kawan-kawan ku ni dkt Pandan Indah punya tempat. Nice! Luas! Cantik sebab ada CHATIME sekali tapi Pagi kan? Mana bukak. Haha. So disebabkan first time memang  20 ROUND sangatlah kan nak berlari last-last semua pancit!
 (cer teka berapa round kitaorg lari) :p
Tapi ok la! So now memang inilah aktiviti petang aku setiap petang sejak sabtu aritu! jogging!jogging sampai kurus! *amboi. (Insyallah targetttttt)
jadi siapa nak dating dengan aku sila jumpa sana ya. hahaha Okbai! 

MUKA LEPAS PENAT. MAKIN KECIK KE TIDAK? HAHAHA



ZETTY & MIRA :)

Tq korang teman jogging sesama! Nxt, we go mandi sungai pulak ok? ;D and yeah. paling penting TAKDE NASI LEMAK LEPAS JOGGING. hehe!  Okbai!
Thank You for Reading this people! :)

Friday, October 5, 2012

33

Hello guys! Asalamualaikum. yo! Anda single? #like me. Anda tak tahu macam mana nak mulakan perhubungan? Anda tak tahu macam mana nak mengorat awek-aweks yang cantik macam Erra Fazira, Nora danish or Anzalna?
 And Mesti korang ada someone yg korang minat tapi tak tahu macamana nak mulakan mengayat aweks2 tu kan? ha!Kalau korang tak tahu, ini ha. korang dah dapat jawapan! This!This! ya, ini filem untuk anda wahai jejakaaaaaaaaa. jejaka sahaja. Jom, tengok filem ini dipawagan berdekatan dengan anda. SEKARANG.
 (gadis jgn kecewa, abe daus ada AKA Arjuna daus) Luls.

4hb/10/2012

Orait, semalam. Aku ada pergi menonton ini filem Ngorat, Bersama Sahabat2 baikku!
Ngorat, Filem Keluaran Grand Briilliance Lakonan Aaron Aziz, Erra Fazira,Iedil putra.Filem yang ringgan, simple, ada gelak2 ketawa, filem yang tak perlu buat kita berfikir, just duduk dalam panggung,makan pop corn n gelak :')
Mula2 scene dah ramai yg gelak, so? Hehehe.
Lakonan yang biasa dari Aaron aziz. Erra like always, sgt bersahaja. Pelakon baru yang pegang watak hero tu pun bagus, Iedil putra. Budak theater rupanya so mmg bagus la enn tapi mcm awkward pulak tengok erra couple dgn dia. Muda sgt nampak hehe. Ending dia pun sweet :)


Serius weh dah lama tak tengok filem melayu dkt wayang, last aku tengok filem Bunohan. Lakonan Faizal Hussin. Ya, Bunohan antara filem terbaik malaysia tapi sayang disebabkan filem ni konon-konon tak sekemorsel (amboi eja) filem2 lawak, gangster, hantu yang lain jadi filem bunohan hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh rakyat malaysia..kemoon, sampai bila nak tengok filem lawak and hantu je. Anak buah aku, baru form 1 pun tengok bunohan dekat wayang ok  -_-

Ok, ok back to filem Ngorat. Hmmm Ok sebab utama aku nak tengok filem ni bukanlah sebab apa sangat, setakat tips2 ngorat dari Aaron Aziz tu apa lah sgt kan tapi tujuan paling utama sebenarnya sebab nak sokong kakak aku,Erra fazira. aku minat dia dari kecik kot dengan Awie! Zaman2 depa sembilu lagi. Darjah 1 dah jatuh cinta dengan dia.hehe. sweet tak? Nak kahwin dgn dia, pls? KALAU BOLEH. okbai

So kesimpulanya, (amboi mcm karangan) Jangan la nak harap lebih2 untuk filem ini, nama pun komedi. so just so-so. so so so so je la . 4.5/10

Oh ya, Ini Tips nak MENGORAT ERRA FAZIRA.
#tetibe. :P



Okbai!
 Tq for reading this people! :)


Thursday, September 27, 2012

32

Asalamualaikum.

Nak tanya korang. korang kesian tak dekat manusia yang tak sedar diri?
kesian kan? rasa nak bagi cermin suruh suluh tengok diri sendiri.
lagi nak gelak bila manusia-manusia yang tak boleh terima orang kritik pasal dia 
Tapi KRITIK orang boleh. Orang kata dia tahu nak MARAH. tahu nak EMO. tahu nak TERASA. tahu nak MELENTING. Apa kuasa kau ya? Sungguh sick manusia mcm ni.
Dah tu kalau tahu taknak sakit hati better jangan cakap apa-apa. Orang kata kalau taknak sakit sendiri jangan nak mulakan buat sakit dengan orang. Serius kesian dengan orang mcm ni sebab diorang suka bercakap tanpa suluh diri sendiri.
Diam lebih baik, Diam lebih elok lagi-lagi kalau perempuan. Oh sungguh tak manis :')

Ini satu hadis yang diriwayatkan oleh Iman muslim iaitu; 'Janganlah kamu dengki mendengki dan janganlah kamu benci menbenci dan janganlah kamu intai-mengintai dan janganlah kamu berlawan-lawanan dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara'



Thank you for reading this people!:)

.

Wednesday, September 26, 2012

31

Asalamualaikum.

Weddings. This year memang murah rezeki kawan-kawan aku agaknya, masing-masing kemain nak kahwin bagai. Sumpah la aku macam tak percaya juga sebab classmate aku time sekolah, satu kelas nak kahwin. sedih pun ada, sedih la sebab diri ini masih single menyingle. eh? Insya'Allah jodoh kita akan sampai. lambat atau cepat je. Amin :')

This year, 2 kawan ku kahwin dan seorang bertunang. and soon ada 2 orang lagi yang akan bertunang. alahai, murah rezeki betul korang. berkat kerja keras depa juga, :') Mudah- Mudahan semuanya selamat sobat!

Ok nak cerita kawanku yang pertama is Yusrafizal n Syuhada. Diorang ni satu kelas dgn aku since form 4 lagi. Bercinta sejak sekolah lagi weh, form 5 kalau tak silap. Panjang jodoh diorang, Ini ha depa :')


Sebenarnya aku ralat sikit sebab tak ambik gambar dengan diorang, perangai mmg macam ni suka menyesal dikemudian hari. haha, gambar ramai2 ada la tapi lain kan.cehhcehh.
Tapi jujur, aku jeles dgn dorg. bila lepak dgn depa terus rasa nak kahwin, bahagia.
 saling lengkap melengkapi. hehehe

NEXT



Zul and Aisha.

Zul ni classmate aku jugak dari Form 1 sampai la 5, playbohhh besar time sekolah dulu ni hahaha. Yang ni pun aku kecewa dikemudian hari juga sbb tak ambik gambar dengan sbb kitaorang balik awal sbb datang awal sangat tapi sempat la tengok depa :)
 Selamat Pengantin Baru Zul Aishah!=)

Last
Ain tunang :)




Ain, kawan antara yang paling rapat la dari form 1 sampai form 5. time sekolah dulu selalu share problem dgn dia. tak sangka dah jadi tunang orang, makin brutal dia ha dulu ayu je. haha. Selamat bertunang Ain dgn pasangan. aku sedih kau tak jemput aku, kwn2 lain kau jemput  enn tapi takpelah aku happy :) Tahniah!Tahniah! 

Kepada sahabat-sahabatku ini Moga kebahagian adalah milik korang selamanya. Selamat pengantin baru dan selamat bertunang! tunggu turn aku pulak weh korang, doakan aku ya? aku selalu doakan korang semua :)

Thank you for reading this :)




30

Asalamualaikum.

Apa Khabar? Semua sihat kan? Alhamdulillah, Me fine well, Syukur. Orait, Kali ni semangat sikit nak berkongsi cerita. Ceritanya biasa ataupun orang kata 'clisye' iaitu 'Kawan'.
Acene eh nak mula. Kawan? Bila kata kawan mesti kita cakap ya, kawan tu ibarat Orang ke-dua, org yang ketiga yang terpenting dalam life kita after family and bf/gf. Kawan juga mereka yang ada dengan kita susah dan senang, boleh share everthing dgn kita, kongsi minat yg sama n lain2. tapi xnak la cerita semua tu, Boring. aha. nak cerita yg sebenarnya pernah tak korang bersyukur dapat kawan yg mcm kawan ada skrg ni? Tak kiralah bff, Kenalan, Teman rapat, Rakan,Sahabat or sebagainya. korang pernah tak hargai? Hargai maksud aku bukanlah kena bagi hadiah sepanjang masa, duduk 24jam sesama, peluk cium bagai tapi hargai maksud aku tolong Jaga. Jaga relationship sebagai seorang kawan. Lagi-lagi HATI. hati seorang kawan, kalau dengan bf/gf korang boleh jaga tapi dengan kawan tak boleh? Serius pelik. Appreciate la sikit, ini terbuka ya, xde kena mengena nak kata aku sentap ke apa dengan sesiapa cuma saja aku nak kongsi. Serius aku takde la ramai rapat, kawan huwa huwa huwa ramai. yg betul2 boleh share problem boleh la, yg penting tak sampai 10. Yes. Macam aku, aku jenis tak reti bercerita masalah dekat orang, aku suka pendam. so bila dengan kawan-kawan, aku boleh jadi pelakon terhebat dengan buat2 gembira, gelak2 walaupun dalam hati Allah saja tahu. Ha macam tu.  Lagi satu aku suka dengar masalah orang (kwn2) pastu bagi pendapat *walapun masalah sendiri pun -____-,tepuk dahi* bagi orang semangat n etc. And yes,orang pun senang nak share masalah dengan aku sebab aku ni jenis ok je. aku cuba tak hampakan hati orang bila orang nak share apa2 walaupun time tu aku tgh main games ke, tengah marah ke, tengah mood ke awan ke ha sbb aku macam tak reti nak tolak or nak buat muka annoying walapun dalam hati siapa je yang tahu.ahahaha.P/s- Tak menolak bukan sebab nak  sibuk hal orang ye tapi lebih kepada nak meringankan beban seorang kawan. Itu sahaja. Ok2 back to story, Appreciate la sikit, lagi2 dgn yg rapat.  Yang time senang dia ada, time susah dia ada,bukan time korang susah je korang cari, time dia susah korang blah. kurang ajar tahu? Kalau kawan korang boleh jaga hati korang kenapa korang tak boleh? Ingat korang je ke yang ada perasaan? Orang lain takde eh. berhenti jadi selfish, jadi matang. Bukan susah pun weh. Tak rugi buat baik dengan orang. Ingatla, sekali korang buat hati orang terluka ramai lagi yang menunggu untuk buat korang terluka or else korang akan menyesal dikemudian hari. Jadi apa yang aku nak beritahu ni apa salahnya kita kita berbuat baik dengan kawan-kawan baik kita, gembirakan diaorang and kongsi sesama susah dan senang. Simple mudah dan happy kan?:)
Ini satu hadis yang diriwayatkan  al-hakim yang berbunyi :

' Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang TERBAIK terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang TERBAIK terhadap jirannya '


INGAT 'Appreciate' mereka yang menghargai kita. Kawan yang baik bukanlah untuk disakiti tetapi untuk disayangi. Jom sama-sama improve kan diri kita ya! Thank you for reading this :)




Friday, August 31, 2012

29





WE  ARE PROUD TO BE MALAYSIAN
WE BELONG TO YOU
WE WILL FIGHT FOR YOU

#MERDEKA 55


Wednesday, August 29, 2012

28

Asalamualaikum. Hello All, I'm back. Ya, im backkkk. ;) Serius, lama gila xusha blog. Sejak2 dah abis belajar nie rasa mcm dah 'old' sikit. Sikit la sbb malas nak update semua. Selalunya blog ni tempat aku merepek2 je, skrg dah tahu rasa simpan sikit bab2 merepek ni. haha.
Ya, Nothing new. me still me. still mencari arah tuju, life yg lebih baik. Insya'Allah. dan makin sihat dan gemoks. malas nak cerita pasal gemok bagai ni. serius boleh stresskan diri sendiri. jadi biarkan, gemuk2 pun still comel ha. awek berderet ha. eh?Ok tipu. he!he! 

Puasa &Raya? Alhamdulilah, semuanya ok. #TeamBajuBiru for real Heheh ;) 

Oh, nanti sambung, lewat dah ni. (Idea takde sebenarnya) kang makin melalut ni! Ok korang!Bye! Salam Aidilfitri, Maaf zahir batin readers!:D




Monday, February 27, 2012

27

Kadang-kadang aku berfikir.sejauh mana mampu aku mampu simpan,
simpan kekuatan.simpan masalah.simpan kesabaran. simpan kesedihan. simpan kerinduan. simpan kebencian.simpan dendam.simpan kedukaan.
aku sorang-sorang.
aku tak kata aku tak boleh hadapi. tapi kadang-kadang aku goyang. manusia bro.

Kadang-kadang aku jadi buntu.aku nak jadi org yg selfish tapi diri aku tak boleh,aku mudah jatuh. jatuh kesiankan org. aku nak lawan tapi ada suara-suara yg menghasut, jangan jadi selfish, xkesian ke apa buat dekat org.

kadang-kadang aku ada sifat cemburu dgn kawan-kawan, xkira lah kawan diploma ke, sekolah ke apa yg dah berjaya sikit dari aku, aku cemburu bkn tahap dengki ke apa, tahap mcm 'weyh kalau dia boleh kenapa aku tak?' tapi skrg aku memang tak boleh.aku terikat.......

Kadang-kadang benda macam ni semua datang dekat aku, aku cuba tabahkan diri. aku motivasikan diri. aku kuatkan diri. aku percaya semua ni sementara je. Allah akan ubah semua ini. cuma tinggal aku kena sabar dan usaha.

Kadang-Kadang aku jadi tak boleh terima hakikat kenapa jadi dekat aku. kenapa time aku. itu je. aku ada cita-cita. aku nak life aku. aku nak macam org lain, remaja lain. sedikit ruang untuk
bernafas.

Sunday, February 26, 2012

26

Anda fat, Anda obesity, Anda Chubby? Nak tahu bagaimana untuk kurus dengan pantas,cepat dan fast? Yaa, saya ada caranya. ikut cara-cara nya di bawah;
.
.
.
.
.
.
Prangggg, saya pun tiada jalan penyelesaian. Maaf anda tertipu -_-
----------------------------------------------------------------
Mmm ok ini aku nak cerita lah sejak kebelakangan ini, aku rasa agak sedikit down.kecewa.ralat dgn keadaan fizikal saya yg agak makin big. Dekat telingga ni setakat dialog; 'daus makin gemuk, chubby, xmcm dulu dah kira mcm biasa dengar drpd member2/family' dan saya akan cuba buat-buat cool and rileks, balas balik dekat dorg. 'hey bro, rileks la. lelaki ok what Chubby, besar sikit, kurus2 sangat pun xelok doe' TAPI dalam hati Tuhan saja tahu. Nowdays, Lelaki ke perempuan semua risau tentang berat bdn kan? Tapi perempuan la over lebih. membe2 lelaki pun ada jgk bising kata buncit lah perut naik la,apa la tapi dorg jenis x meluah dekat blog mcm AKU -.-' paling2 busuk pun semua membebel dekat Facebook n Twitter. yes, im proud ya sbb ada blog. tapi bukan ke 'BUNCIT ITU SEKSI' :)

Mmm cerita aku mcm mana eh, ok mcm ni since aku kerja dgn mydad. kerja aku tak bergerak sgt or senang cerita keluar peluh la. duduk depan pc just taip2, on9, layan coust blabla then pergi MAKAN then duduk balik. *actly ini bukan diri aku, aku jenis suka kerja yg aktif2, suka kerja yg boleh buat kita kelam kabut, kejar dateline ke, buat kerja luar tapi takpe sementara ni berjasa dulu dgn family. Insyallah, ada hari aku akan keluar dari kepompang skrg.

Ok back to the story. sejak 2 3 hari ni aku ada tweet2 pasal berat bdn, yes berat aku NAIK ye. Naik bukan jenis biasa2 tapi TOO MUCH. malu nak cerita sebenarnya, mm before ni berat aku 69kg* dengan bangga ye bgtahu tapi skrg RAHSIA Hahaha. maaf, so skrg ni aku agak buntu how lah nak kurus balik. sebenarnya bukan senang nak kurus, mudah lagi nak GEMUK. itu kita kena akui.
  • jangan makan malam *aku buat
  • exercise*aku buat
  • ambil sarapan pagi* aku buat
  • KURANG MAKAN *Ok yang ni aku tak buat sgt -_-

Nak cerita lagi nieyh, dulu aku sangat gemuk, gemuk tahap bit gaban ah, so nak kuruskan bdn sampai aku berjaya turunkan sampai lebih 20kilo tu mmg bukan sesuatu yg mudah. aku terpaksa tahan daripada pegambilan nasi selama SETAHUN ye. dalam setahun tu mcm2 aku lalui, pengsan dalam KTM. pengsan depan RUMAH. Nafas selalu tak cukup, Muka pucat mcm org sakit sampai org kata aku hisap dadah. mcm2 lah, See tengok semangat gila aku dulu kan? dengan semangat tu lah aku dapat turunkan berat bdn sampai 20kg tapi skrg semangat tu dah xde la. maybe...mmm entah la, aku kena cari semangat tu balik, kalau tak kemungkinan utk aku kembali comel mcm dulu lagi sgt sgt cerah ye.mmmm, Walaupun skrg ni org kata aku ni takde la gemuk sgt tapi aku dpt rasa perubahan ni semua,baju aku yg dulu2 byk dah xboleh pakai. saiz pun byk dah berubah.mm aku dpt feel semua tu eh, so korang tolong faham aku.hekhek

nak share gambar comel kita Berat 96kg, gambar 69 kita dgn gambar skrg boleh x? -____-



Ini aku, dulu2 zaman2 budak2 nak up,nak pergi KLCC semua, aku pulak sibuk nak upkan bdn, makan sana sini. jadi la mcm nieyh tapi comel kan?

Ha ni kira aku dah dapat berat bdn okeyh! setelah penat pengsan sana sini, jatuh sakit semua. Ini yg aku dpt. wowww seronok gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa TAPI TAK LAMA ye.
*Tolong, nak badan ini back.

Sekarang
LELAKI GEMUK ITU SEKSI-real
LELAKI GEMUK ITU HEMSEM-fakta
So daus? Please PROUD ye.
Kurus2 sgt pun xelok
yes, yes, yes
:)
Its me, bak kata shila amzah; Gemuk-Gemuk pun ada orang sayang.
okbai.

Jap, sebelum aku OKBAI betul2. nak share sikit Tips2 nak kuruskan bdn setelah aku goggle2 semua dan aku rasa Kita semua must ikut kalau nak kurus lah. Sesiapa yg tengah diet tu meh aaa cuba :)
------------------------------------------------------------------------------------

1) JANGAN BERLAPAR-
Kalau korang berlapar sure nanti last2 korang mkn byk2 kan sbb sah2 perut dah krookk krook kan mcm2 lagu, so better amalkan makan dgn kuantiti yg sederhana.
*aku biasa buat perangai ni, perut pedih kalau thn. so aku senang je,kalau perut pedih AKAN TIDUR.

2) MINUM AIR MASAK 8 GELAS SEHARI-
Air mengurangkan selera lapar kita secara semulajadi dan membantu bdn metobolisma simpanan lemak dalam bdn ye,jadi kalau nak kurangkan selera makan better minum air dulu dlm 10 minit kemudian baru kita makan.
* Hmm yang ni aku kena amalkan kot, asyik minum air manis je kan?

3) ELAK MINUM AIR GAS-
Selain sah2 tak elok utk tubuh badan kita, air gas ni jugak mengandungi 7-8 sudu gula.fuuuuuu
*aku yg ni mmg xleh tinggal sbb kalau time aku stress, COKE adalah ubat dia. sorry bro.

4) AMBIL SARAPAN PAGI DAN KUNYAH SECARA PELAN-PELAN;
Menurut satu kajian, mereka yg tak ambik sarapan pagi ini cederung ke-arah kegemukkan adalah sgt tinggi berbanding mereka yg ambik sarapan pagi like ME. ngehngeh. lagi satu, kita jgn la makan cepat2 sbb isyarat menujukkan kita puas bila kita makan pelan2.

5) ELAK MAKAN MAKANAN RINGGAN
kalau nak makanan ringgan sila kunyah gula2 getah sbb ia membantu bg perut kita berasa kenyang. mcd, kfc, jajan semua jadah tu xpayah la ye.
*alamak mcd fav. acane?

6)TIMBANG BERAT
Jangan sesekali timbang berat korang setiap hari doh.korang akan rasa down bila hari2 timbang sbb tak akan ada perubahan pun if korang timbang hari2 MELAINKAN korang nak sedapkan hati.
plus kalau timbang ari2 sure korang akan rasa give up if tak turun.isit?
*Aku rosakkan penimbang yg ada kat office tu lagi ada lah.

DONE.
Selamat Mencuba, kalau nak share apa2 pasal nak kuruskan bdn ni sila la tinggal komen ke apa ye.Maaf kalau terasa annoy dgn entry ni sbb nak sedapkan hati, nak meluah apa yg terbuku dkt dlm hati plus nak kembalikan semangat dulu balik. terima kasih pada yg sudi baca. Malam :)



Friday, February 24, 2012

25

Aku kembali.

disaat ini.di ketika ini. aku agak stress
mungkin di sebabkan aku stress aku kembali di blog.
blog memang hebat. tak sama seperti di fb atau twitter.
walau hebat mana pun fb/twitter, blog juga dicari untuk menceritakan luahan hati.

mmm. benar, kata org jangan mengharap.Kalau mengharap kau akan kecewa.
bila kau menunggu sesuatu yg belum pasti, kau akan kecewa kalau 'sesuatu' kau menunggu,tidak membuahkan hasil.kau akan kecewa dengan sendirinya. baik lelaki mahupun perempuan.
dah ya, aku kecewa.skrg
nak buat mcm mana, sabar. rezeki kau tak sampai lagi daus. cari lain atau terus menunggu.
mm aku akan lebih kecewa kalau menunggu.

rezeki Allah akan bagi, cuma lambat atau cepat. pantas atau pelahan.
terus berdoa supaya rezeki itu datang dengan cepat, Insyallah.
Kawan2.doakan saya juga ya? doakan yg baik2 utk saya :)


Kalau lah aku boleh bagitahu macam mana perasaan aku skrg, Ya, lebih teruk pada atas nieyh.
Selamat Malam sahabat :)