Saturday, October 13, 2012

36

Review Aku Terima Nikahnya.



Oh ya, Semalam aku berkesempatan pergi tonton filem Aku Terima Nikahnya dengan My sista! Ok la, sederhana saja takde la terlalu bagus tapi takde la terlalu teruk. Tengah-tengah :)  Ok! Sebelum apa- apa jom tengok  Trailer filem ni, sweet much :)
Ini trailer dia;

Pada pendapat aku, filem ni filem yang SANGAT clisye dimana kalau kita tengok trailer dia kita dah dapat tangkap macam mana keseluruhan cerita ni, bermula dengan detik yang bahagia, johan kemalanngan, dia boleh lupa arlisya (ND) tapi mak ayah dia ingat pulak,  then arlisya pulak cuba nak ingatkan johan dengan buat macam-macam cara tapi tak berjaya and ending is happy family. Semua tu kita dah boleh tangkap tapi rasanya yang membuatkan semua nak pergi tengok filem ini aku rasa  sebab penangan Drama Tentang Dhia, impak drama tu sangat kuat and chemistry antara Adi Putra dan Nora Danish sangatlah bagus. Aku rasa kalau nak bandingkan dengan Aaron Aziz dan Maya Karin dalam Ombak rindu, Memang Adi Putra dan Nora Danish lah yang serasi gila.

Permulaan cerita yang agak slow bagi aku sebab diorang tak banyak dialog sebaliknya diberikan scene-scene yang romantis. Serius weh diorang tersangatlah sweet, memang depa jiwai betul2 lakonan diorang as suami isteri sampai nampak macam betui. Oh ya, filem ni banyak betul kan kiss kiss manja antara adi putra dengan nora danish, hmm macam tak sesuai je? Makan hati isteri dekat rumah tu bro. haha.




Start tengah2 cerita baru best sikit, btw, Aku memang nak puji lakonan Nora Danish, lakonan dia sangat sangat la bagus dalam filem ni. Memang lain gila dengan lakonan2 dia sebelum ni. bab-bab airmata memang nora pandai, emosi dia bagus. sampai kita pun macam kesian tengok Nora danish asyik menangis je. she's improve a lot tapi pada aku lakonan nora danish dalam drama slot  cerakarama ada yang lebih baik dari filem ni tapi ok la atleast dia dah bejaya keluar dari zon yang sebelum ni kan, asyik asyik puteri jeeeeee. heee
And oh ya, sepanjang filem ni aku macam terpukau dengan kecantikan Nora Danish, dekat mulut ni asyik cakap je ' Indah sungguh ciptaan tuhan' Demi Allah, Sangat cantik. :')
Adi putra jangan cakap la, elok dari atas sampai bawah. hahaha *kakak aku cakap la. lakonan dia pulak memang tak pernah fail. ya, dia sebenarnya lagi bagus dari Abg haron ajis. eh! ;)

Then Dialog- dialog depa pun best, I mean ayat2 depa la. tak ingattt dah tapi touching gitueww. Hujung2 filem ni macam biasalah, filem melayu mana yang tak selalunya happy ending kan? ;) So! Kalau korang rasa nak pergi tengok aku suggest pergi la kalau nak tengok chemistry yang bagus antara hero-heroin yang helok ni, storyline pun good tapi macam aku cakap selalu kalau pergi tengok filem melayu janganlah nak harap yang lebih-lebih okey? :')
tapi kalau suruh pilih Ombak rindu dengan Aku terima nikahnya, aku pilih Ombak rindu :')
tapi kalau suruh pilih Aaron Aziz & Maya Karin or Adi Putra& Nora Danish. Aku pilih Adi Putra and Nora danish. Hiks.




Teringat dialog ni ; Catch me if u can :p

Thank You  for Reading this people!


Wednesday, October 10, 2012

35

People change,Memories Don't.

Hello Korang. Malam ni tiba-tiba nak terdengar lagu-lagu yang boleh buat teringat dekat family, kawan-kawan rapat enn. bila teringat mula la mengimbau. bila mengimbau mula la termenung. ah sudah. 

Ukiran Jiwa by Awie.

Bila dengar lagu ni, aku rindu Adik beradik aku. kami semua  (7orang) memang minat Awie sejak kami kecik- kecik lagi, kitaorang ramai-ramai pergi tengok filem awie dekat wayang, pergi tengok konsert dia and simpan album n vcd dia. Macam-macam la. Hmm aku selalu berharap dapat patah balik ke zaman-zaman kecik balik, zaman semua adik beradik aku tak kahwin lagi, meriah. sekarang masing-masing dah ada life sendiri.
Serius rindu. Tuhan je tahu. Kalau la masa boleh patah balik, aku la orang yang paling gembira sekali. Demi Allah :')


Memori Tercipta by Shila Amzah

Tipu kalau siapa tak terusik sikit dengar lagu ni. Lagu ni like macam lagu kawan-kawan la. teringat lagi Last semester dekat Kuis, diploma. bila last-last nak final exam tu rasa macam touching gila sebab lepas ni dah tak boleh jumpa kawan-kawan rapat dah. aku bersyukur sangat sebab dapat kawan-kawan yang betul-betul sejiwa.  Dari kawan kelas, Kawan serumah, Kawan sejiran. Alhamdulillah, disinilah aku baru jumpa kawan rapat, kawan dunia akhirat, kawan pura-pura. kawan-kawan yang boleh ada waktu senang n susah. Aku hargai sangat-sangat. 3 tahun tu kiranya pantas gila. Rindu korang wehh. 
Bubble click, Geng2 gemuk,  Geng Vista. Korang mmg kawan Dunia Akhirat aku :')

"Yang terpahit jua termanis,
semuanya bagiku terindah,
kuingati buat selama-lamanya"
:)




Lagu Fav aku sekarang. Tak tahu kenapa, Sedang mencari jawapan untuk soalan kenapa aku suka lagu ni :)

Oh ya, Dan ini;

Dikalung Kasihan- Imran Ajmain.

Korang ada tak lagu-lagu mengimbau? Share jom! :')

Thank You for Reading this People!


Tuesday, October 9, 2012

34

SEMANGAT


Hai korang, Nak tahu tak sekarang enn aku dah ada hobi baru! Bukan lagi hobi Makannnnnnnn je tapi hobi pergi jogging! Yeyerss. Terkejut ke tidak? Tolong lah terkejut sebab aku bukan lah jenis orang yg rajin sangat untuk buat aktiviti-aktiviti macam ni. Dah lama sangat tinggal, last sekali time form 3/4 kot. Ya Allah lama gila. I miss that time. Jogging dgn kawan-kawan jiran yang semuanya gila-gila belaka and paling tak boleh blah lepas jogging kitaorang semua boleh pergi balun NASI LEMAK DGN AIR GAS! JOGGING KE!JOGGING KE! And tak lupa wajib singgah 7E sebab nk membeli Hahaha. Demi Allah, rindu sangat dulu-dulu. Tuhan saja tahu bertapa aku rindu waktu dulu-dulu. Sekarang masing-masing dah buat hal sendiri kan. Untunglah aku still ada kwn-kawan yg sememangnya kawan dari kecil sampailah sekarang.Paling rapat Mira, Zety :) Also, Hafiz, Nasuha and Tasnim as well :) Sebenarnya ramai lagi tapi semuanya dah pindah sana sini kan dan ada yang dah tua-tua so tak segila mcm kitaorang la :p Ok, lagi satu aku sangat beruntung dapat kawan macam ni sebab kitaorang banyak kongsi minat yang sama contohnya Suka tengok wayang, Karok, Shopping, Makan! (Mcd is our fav) and talk-talk to muchhhhh n laugh mcm orang gila. Tq Mira n zetty! :')

Ok back to story- ya, sejak-sejak badan dah makin berbadak ni and duduk rumah asyik makan tidur, makan tidur jadi i need do something supaya badan aku ni jangan di manja-manja sangat, Jadi malam jumaat tu aku tweet Mira;

Aku- Weh esok jom jogging. Nak?
Mira- Jom! Aku baru terfikir nak ajak tapi takut kau xnak and malas bangun pagi.
Aku- Hahaha jommmmmmmm, ajak zetty sekali!
Mira- Tunggu dia reply, maybe dia tgh pilih makanan dkt pasar malam kot (dasar gemuk)
then xlama tu zetty reply.
Zetty- Ok ON! (Tq sbb dahulukan kitaorangd dulu then baru date dgn bf kau belah ptg) :p


Muka taknk bulat lagi? -_- Tengokla, dalam 3 tu, aku sorang je besar jadi sangatlah berbesar hati sebab diaorang rajin bangun pepagi jogging kan. haha
Tq bebs!:)

Ok then pagi around 7.00am dengan semangatnya berjogging la dgn kawan-kawan ku ni dkt Pandan Indah punya tempat. Nice! Luas! Cantik sebab ada CHATIME sekali tapi Pagi kan? Mana bukak. Haha. So disebabkan first time memang  20 ROUND sangatlah kan nak berlari last-last semua pancit!
 (cer teka berapa round kitaorg lari) :p
Tapi ok la! So now memang inilah aktiviti petang aku setiap petang sejak sabtu aritu! jogging!jogging sampai kurus! *amboi. (Insyallah targetttttt)
jadi siapa nak dating dengan aku sila jumpa sana ya. hahaha Okbai! 

MUKA LEPAS PENAT. MAKIN KECIK KE TIDAK? HAHAHA



ZETTY & MIRA :)

Tq korang teman jogging sesama! Nxt, we go mandi sungai pulak ok? ;D and yeah. paling penting TAKDE NASI LEMAK LEPAS JOGGING. hehe!  Okbai!
Thank You for Reading this people! :)

Friday, October 5, 2012

33

Hello guys! Asalamualaikum. yo! Anda single? #like me. Anda tak tahu macam mana nak mulakan perhubungan? Anda tak tahu macam mana nak mengorat awek-aweks yang cantik macam Erra Fazira, Nora danish or Anzalna?
 And Mesti korang ada someone yg korang minat tapi tak tahu macamana nak mulakan mengayat aweks2 tu kan? ha!Kalau korang tak tahu, ini ha. korang dah dapat jawapan! This!This! ya, ini filem untuk anda wahai jejakaaaaaaaaa. jejaka sahaja. Jom, tengok filem ini dipawagan berdekatan dengan anda. SEKARANG.
 (gadis jgn kecewa, abe daus ada AKA Arjuna daus) Luls.

4hb/10/2012

Orait, semalam. Aku ada pergi menonton ini filem Ngorat, Bersama Sahabat2 baikku!
Ngorat, Filem Keluaran Grand Briilliance Lakonan Aaron Aziz, Erra Fazira,Iedil putra.Filem yang ringgan, simple, ada gelak2 ketawa, filem yang tak perlu buat kita berfikir, just duduk dalam panggung,makan pop corn n gelak :')
Mula2 scene dah ramai yg gelak, so? Hehehe.
Lakonan yang biasa dari Aaron aziz. Erra like always, sgt bersahaja. Pelakon baru yang pegang watak hero tu pun bagus, Iedil putra. Budak theater rupanya so mmg bagus la enn tapi mcm awkward pulak tengok erra couple dgn dia. Muda sgt nampak hehe. Ending dia pun sweet :)


Serius weh dah lama tak tengok filem melayu dkt wayang, last aku tengok filem Bunohan. Lakonan Faizal Hussin. Ya, Bunohan antara filem terbaik malaysia tapi sayang disebabkan filem ni konon-konon tak sekemorsel (amboi eja) filem2 lawak, gangster, hantu yang lain jadi filem bunohan hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh rakyat malaysia..kemoon, sampai bila nak tengok filem lawak and hantu je. Anak buah aku, baru form 1 pun tengok bunohan dekat wayang ok  -_-

Ok, ok back to filem Ngorat. Hmmm Ok sebab utama aku nak tengok filem ni bukanlah sebab apa sangat, setakat tips2 ngorat dari Aaron Aziz tu apa lah sgt kan tapi tujuan paling utama sebenarnya sebab nak sokong kakak aku,Erra fazira. aku minat dia dari kecik kot dengan Awie! Zaman2 depa sembilu lagi. Darjah 1 dah jatuh cinta dengan dia.hehe. sweet tak? Nak kahwin dgn dia, pls? KALAU BOLEH. okbai

So kesimpulanya, (amboi mcm karangan) Jangan la nak harap lebih2 untuk filem ini, nama pun komedi. so just so-so. so so so so je la . 4.5/10

Oh ya, Ini Tips nak MENGORAT ERRA FAZIRA.
#tetibe. :P



Okbai!
 Tq for reading this people! :)