Sunday, February 26, 2012

26

Anda fat, Anda obesity, Anda Chubby? Nak tahu bagaimana untuk kurus dengan pantas,cepat dan fast? Yaa, saya ada caranya. ikut cara-cara nya di bawah;
.
.
.
.
.
.
Prangggg, saya pun tiada jalan penyelesaian. Maaf anda tertipu -_-
----------------------------------------------------------------
Mmm ok ini aku nak cerita lah sejak kebelakangan ini, aku rasa agak sedikit down.kecewa.ralat dgn keadaan fizikal saya yg agak makin big. Dekat telingga ni setakat dialog; 'daus makin gemuk, chubby, xmcm dulu dah kira mcm biasa dengar drpd member2/family' dan saya akan cuba buat-buat cool and rileks, balas balik dekat dorg. 'hey bro, rileks la. lelaki ok what Chubby, besar sikit, kurus2 sangat pun xelok doe' TAPI dalam hati Tuhan saja tahu. Nowdays, Lelaki ke perempuan semua risau tentang berat bdn kan? Tapi perempuan la over lebih. membe2 lelaki pun ada jgk bising kata buncit lah perut naik la,apa la tapi dorg jenis x meluah dekat blog mcm AKU -.-' paling2 busuk pun semua membebel dekat Facebook n Twitter. yes, im proud ya sbb ada blog. tapi bukan ke 'BUNCIT ITU SEKSI' :)

Mmm cerita aku mcm mana eh, ok mcm ni since aku kerja dgn mydad. kerja aku tak bergerak sgt or senang cerita keluar peluh la. duduk depan pc just taip2, on9, layan coust blabla then pergi MAKAN then duduk balik. *actly ini bukan diri aku, aku jenis suka kerja yg aktif2, suka kerja yg boleh buat kita kelam kabut, kejar dateline ke, buat kerja luar tapi takpe sementara ni berjasa dulu dgn family. Insyallah, ada hari aku akan keluar dari kepompang skrg.

Ok back to the story. sejak 2 3 hari ni aku ada tweet2 pasal berat bdn, yes berat aku NAIK ye. Naik bukan jenis biasa2 tapi TOO MUCH. malu nak cerita sebenarnya, mm before ni berat aku 69kg* dengan bangga ye bgtahu tapi skrg RAHSIA Hahaha. maaf, so skrg ni aku agak buntu how lah nak kurus balik. sebenarnya bukan senang nak kurus, mudah lagi nak GEMUK. itu kita kena akui.
  • jangan makan malam *aku buat
  • exercise*aku buat
  • ambil sarapan pagi* aku buat
  • KURANG MAKAN *Ok yang ni aku tak buat sgt -_-

Nak cerita lagi nieyh, dulu aku sangat gemuk, gemuk tahap bit gaban ah, so nak kuruskan bdn sampai aku berjaya turunkan sampai lebih 20kilo tu mmg bukan sesuatu yg mudah. aku terpaksa tahan daripada pegambilan nasi selama SETAHUN ye. dalam setahun tu mcm2 aku lalui, pengsan dalam KTM. pengsan depan RUMAH. Nafas selalu tak cukup, Muka pucat mcm org sakit sampai org kata aku hisap dadah. mcm2 lah, See tengok semangat gila aku dulu kan? dengan semangat tu lah aku dapat turunkan berat bdn sampai 20kg tapi skrg semangat tu dah xde la. maybe...mmm entah la, aku kena cari semangat tu balik, kalau tak kemungkinan utk aku kembali comel mcm dulu lagi sgt sgt cerah ye.mmmm, Walaupun skrg ni org kata aku ni takde la gemuk sgt tapi aku dpt rasa perubahan ni semua,baju aku yg dulu2 byk dah xboleh pakai. saiz pun byk dah berubah.mm aku dpt feel semua tu eh, so korang tolong faham aku.hekhek

nak share gambar comel kita Berat 96kg, gambar 69 kita dgn gambar skrg boleh x? -____-



Ini aku, dulu2 zaman2 budak2 nak up,nak pergi KLCC semua, aku pulak sibuk nak upkan bdn, makan sana sini. jadi la mcm nieyh tapi comel kan?

Ha ni kira aku dah dapat berat bdn okeyh! setelah penat pengsan sana sini, jatuh sakit semua. Ini yg aku dpt. wowww seronok gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa TAPI TAK LAMA ye.
*Tolong, nak badan ini back.

Sekarang
LELAKI GEMUK ITU SEKSI-real
LELAKI GEMUK ITU HEMSEM-fakta
So daus? Please PROUD ye.
Kurus2 sgt pun xelok
yes, yes, yes
:)
Its me, bak kata shila amzah; Gemuk-Gemuk pun ada orang sayang.
okbai.

Jap, sebelum aku OKBAI betul2. nak share sikit Tips2 nak kuruskan bdn setelah aku goggle2 semua dan aku rasa Kita semua must ikut kalau nak kurus lah. Sesiapa yg tengah diet tu meh aaa cuba :)
------------------------------------------------------------------------------------

1) JANGAN BERLAPAR-
Kalau korang berlapar sure nanti last2 korang mkn byk2 kan sbb sah2 perut dah krookk krook kan mcm2 lagu, so better amalkan makan dgn kuantiti yg sederhana.
*aku biasa buat perangai ni, perut pedih kalau thn. so aku senang je,kalau perut pedih AKAN TIDUR.

2) MINUM AIR MASAK 8 GELAS SEHARI-
Air mengurangkan selera lapar kita secara semulajadi dan membantu bdn metobolisma simpanan lemak dalam bdn ye,jadi kalau nak kurangkan selera makan better minum air dulu dlm 10 minit kemudian baru kita makan.
* Hmm yang ni aku kena amalkan kot, asyik minum air manis je kan?

3) ELAK MINUM AIR GAS-
Selain sah2 tak elok utk tubuh badan kita, air gas ni jugak mengandungi 7-8 sudu gula.fuuuuuu
*aku yg ni mmg xleh tinggal sbb kalau time aku stress, COKE adalah ubat dia. sorry bro.

4) AMBIL SARAPAN PAGI DAN KUNYAH SECARA PELAN-PELAN;
Menurut satu kajian, mereka yg tak ambik sarapan pagi ini cederung ke-arah kegemukkan adalah sgt tinggi berbanding mereka yg ambik sarapan pagi like ME. ngehngeh. lagi satu, kita jgn la makan cepat2 sbb isyarat menujukkan kita puas bila kita makan pelan2.

5) ELAK MAKAN MAKANAN RINGGAN
kalau nak makanan ringgan sila kunyah gula2 getah sbb ia membantu bg perut kita berasa kenyang. mcd, kfc, jajan semua jadah tu xpayah la ye.
*alamak mcd fav. acane?

6)TIMBANG BERAT
Jangan sesekali timbang berat korang setiap hari doh.korang akan rasa down bila hari2 timbang sbb tak akan ada perubahan pun if korang timbang hari2 MELAINKAN korang nak sedapkan hati.
plus kalau timbang ari2 sure korang akan rasa give up if tak turun.isit?
*Aku rosakkan penimbang yg ada kat office tu lagi ada lah.

DONE.
Selamat Mencuba, kalau nak share apa2 pasal nak kuruskan bdn ni sila la tinggal komen ke apa ye.Maaf kalau terasa annoy dgn entry ni sbb nak sedapkan hati, nak meluah apa yg terbuku dkt dlm hati plus nak kembalikan semangat dulu balik. terima kasih pada yg sudi baca. Malam :)



4 comments:

  1. joni - sangat suka post ni -inspiring ! wah tak percaya itu joni masa dolu2- hmmmm .. nice tips btw, n jgn lupa kat anas ya !

    still tak leh percaya yg tu joni - n dat part yg joni jatuh kat ktm tu sume - be strong ya joni ku.

    ReplyDelete
  2. Anas- Thank You, hehe. eh nak lupa dengan anas kenapa? tidak. tidak :) Part yg pengsan2 tu la bahaya n paling tak indah sekali dlm setahun tu huhu. xpelah atleast kita usaha kan? semangat tu yg penting. btw, tq anas sudi baca. like ur blog too ;)

    ReplyDelete
  3. awak sangat comel dulu, sekarang dah fit, dah okay kot. *bye assalamualaikum

    ReplyDelete